Hantaran Perkahwinan : Tips memilih & contoh barang hantaran

Adakah korang akan mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat ini atau mungkin ini amat berguna apabila jodoh korang tu telah sampai nanti?  Sudahkah korang merancang perkara yang mesti dilakukan dan diselesaikan dalam proses perkahwinan korang tuu? Berikut adalah sedikit sebanyak panduan dan senarai semak untuk proses pertunangan dan juga perkahwinan.





Korang ni mesti terfikir apa barang/hantaran yang sesuai untuk diberikan kepada pasangan bukan? Baju? Minyak Wangi? Kek? Beg Tangan? Alahai peningnya nak bagi apa 😢😢, jangan risau kitaorang akan kongsi tips yang sesuai boleh dijadikan panduan untuk korang yang nak kahwin tu kayy .

Tips memilih barang hantaran
1. Korang perlulah bincang dengan pasangan korang tu berapa dulang yang disediakan dan senarai barang hantaran kedua-dua belah pihak. Kalau boleh jangan plan kononnya nak buatkan kejutan untuk pasangan korang tu , silap hari bulan langsung si dia tak suka kejutan yang korang berikan tu haa padan muka . Bincang, pastu pilih dan beli bersama-sama.
2. Tetapkan kombinasi jumlah barang hantaran kedua belah pihak, yang sedikit pihak lelaki dan lebih pihak perempuan, sebaiknya biarlah mengikut adat dengan angka ganjil. Jika perempuan 9 lelaki balas 7 la. – Ini sekadar contoh sahaja.
3. Jika boleh elakkan jumlah dulang hantaran yang terlalu banyak. Tetapi jika korang plan nak bagi barangan yang banyak dan melebihi jumlah dulang yang dirancang, gandingkanlah barangan yang sesuai diletakkan dalam satu dulang. Sebagai contoh, Al-Quran+sejadah, Buah +coklat, Kasut+bag tangan).
4. Diingatkan dalam senarai barang hantaran perlu ada kelengkapan pakaian, set penjagaan diri, makanan, buah tangan (contoh pihak lelaki bagi sepasang baju kurung atau baju yang rasanya menutup aurat, kasut, beg tangan, set minyak wangi, kek, buah, coklat) setidak-tidaknya ada juga manisan atau buah tangan untuk ahli keluarga pengantin.. orang kata nak memikat si anak perlulah ambil hati keluarganya.
5. Semasa pemilihan barang korang kenalah sesuaikan dengan tray yang korang guna. Pastikan korang tahu saiz tray jika tidak semua barang tak muat untuk digubah. Lebih menarik jika korang memilih tray dari jenis yang sama untuk kesemua dulang hantaran.
6. Elakkan dari membeli barang-barang hantaran yang terlalu besar pasti sukar nak mengubahnya kerana kebanyakkan tray dalam saiz yang sederhana dan kecil. Contohnya pilihlah saiz beg tangan sederhana atau kecil.
7. Sireh junjung merupakan hantaran yang wajib bagi set hantaran pertunangan, korang juga boleh menggantikannya dengan tepak sireh. Untuk hantaran perkahwinan sireh junjung bukan lagi kemestian, terpulang pada korang tapi jika ada lebih baik.
8. Pilih warna barang hantaran korang tu mengikut tema warna hantaran. Ini penting untuk menampakkan keserasian warna dengan barang hantaran.
Contoh hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki
  • Sirih Junjung
  • Kemeja/Seluar
  • Beg duit/Tali Pinggang
  • Al-Quran Biasa/Digital
  • Sejadah
  • Jam Tangan
  • Set minyak wangi/Barangan peribadi contoh barangan mandi
  • Kasut
  • Buah-buahan
  • Kek/Kek Cawan
  • Coklat
  • Gajet contohnya telefon bimbit, iPad
Contoh hantaran dari pihak lelaki kepada pihak perempuan
  • Mas kahwin/Duit Hantaran
  • Cincin/Gelang/Rantai/Barangan Kemas
  • Tepak sirih
  • Al-Quran Biasa/Digital
  • Sejadah
  • Potpourri/Bunga Rampai
  • Jam tangan
  • Kasut
  • Telekung
  • Beg Tangan
  • Set wangian /Barang mekap
  • Buah-buhan
  • Kek/Kek Cawan/ Coklat


P/S: Senarai barangan secara umum, terpulang pada citarasa pasangan dan yang paling penting budget. Janganlah nak beli macam-macam tapi kos tak cukup atau terlebih ke sini. Naya nanti korang tauuu ...

Comments

Popular Posts