Taknak Gemok , Nak Kurus ! Haa ni Tips Kurus sebelum Kahwin
Menjelangnya hari perkahwinan bakal pengantin mesti sibuk memasang badan agar nampak kurus selain ingin memastikan baju kahwin muat untuk dipakai. Masa macam inilah korang akan sibuk gigihkan diri mengamalkan macam-macam jenis diet. Jika diamalkan secara konsisten pasti impian korang untuk kurus tu tercapai.Tapi tu pun kalau amalkan secara konsisten lah ... Kalau takk , tanggung sendiri lah ye masa majlis badan tu gemok gedempol ke apa ehh . 😂😂😂
Apatah lagi sebagai pengantin baharu sudah tentulah korang nak kelihatan cantik dan menjadi tumpuan tetamu kan ?. Yeke taknak ?? Tak payah tipulahh ... Dah tentu- tentulah korang taknak rasa rendah diri apabila tetamu memerhatikan penampilan korang seperti ‘ ada yang tidak kena’ ataupun kurang.
Jika korang betul-betul nak kurus sebelum kahwin, pastikan korang lakukan diet mudah dan berkesan ini 100 hari sebelum kahwin secara konsisten. Dijamin Pasti boleh kurus ! Tak percaya ??? Haa try lah duluu kalau tak percaya .😒😒
1. Banyakkan minum air kosong untuk membuang toksin badan dan mengurangkan kalori. Minum air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari untuk tujuan detoks yang berkesan dan mudah.
2. Lakukan senaman berjalan kaki secara konsisten. Bersenam dengan berjalan kaki merupakan senaman paling mudah yang boleh korang lakukan setiap hari. Berjalan ke kantin pejabat, menaiki tangga atau membeli-belah dapat membakar kalori.
3. Hindari perut kosong sebelum korang keluar rumah ke tempat kerja atau sebagainya. Ini penting tau bagi memastikan korang tidak berasa terlalu lapar pstu asyik memikirkan makanan je apabila berada di luar rumah.
4. BERNIAT UNTUK HANYA ‘MERASA’. TIDAK SALAH ANDA MENCUBA PELBAGAI MENU YANG DIHIDANGKAN DI MAJLIS ATAU KENDURI KAWAN , NAMUN ELAKKAN DARIPADA MAKAN KESEMUA JUADAH DALAM KEADAAN PERUT YANG TERLALU KENYANG. CUKUP KORANG MAKAN SIKIT JE TAU DENGAN NIAT SEKADAR INGIN ‘MERASA’. JANGAN LEBIH LEBIH PULAK 🙄🙄
5. Ambil tahu kalori setiap juadah yang korang ingin makan setiap hari. Perhatikan kandungan dan senarai nutrisi dalam menu harian korang untuk memastikan korang tidak mengambil kalori secara berlebihan.
6. Tetapkan matlamat korang tu untuk mengurangkan berat badan secara perlahan-lahan iaitu penurunan dalam lingkungan 0.5 kilogram ke satu kilogram dalam seminggu.
7. Lupakan niat korang untuk mengambil sebarang ubat-ubatan dengan tujuan menurunkan berat badan, lebih-lebih lagi tanpa mendapatkan nasihat atau kebenaran doktor yang selayaknya.
8. Bagi korang yang mahu menjaga otot, boleh ambil suplemen seperti Glutamin setiap hari selepas sesi senaman.
9. Ambil makanan dan minuman yang rendah kalori serta mempunyai kandungan nutrien yang tinggi. Kurangkan sebanyak 500 kalori sehari untuk tujuan mengurangkan berat badan.
10. Kurangkan juga pengambilan makanan ataupun minuman yang manis dengan kandungan gula yang tinggi. Lebihkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran yang segar.
11. Elakkan mengambil makanan ringan di antara waktu makan. Sebaliknya, korang boleh je gantikan dengan sekeping biskut krim kraker dengan secawan kopi atau teh kurang manis (rendah lemak). Ataupun korang makan je buah-buahan sebagai ganti kudapan.
12. Banyakkan minum air mineral bagi tujuan detoks. Jangan minum minuman berkarbonat ataupun beralkohol kerana minuman seperti ini boleh meninggalkan kean buruk bagi kesihatan korang .
13. TETAPKAN WAKTU MAKAN KORANG TU SETIAP HARI. JANGAN BIARKAN JADUAL PEMAKANAN HARIAN ASYIK BERUBAH DAN TIDAK MENENTU UNTUK MENGELAKKAN KORANG TERKENA PENYAKIT GASTRIK ATAU MUDAH LETIH.
14. Makan supplemen atau makanan tambahan untuk membersihkan usus. Usus perlu dicuci secara konsisten untuk memastikan proses penghadaman berjalan dengan efektif dan hasilnya badan lebih sihat serta kurang masalah kegemukan.
15. Lakukan senaman secara berterusan. Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak yang terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Senaman tarian ternyata memberi kesan yang sangat baik untuk mempercepatkan penurunan berat badan.
16. Aktiviti berjalan, skipping dan regangan selama 30 minit sehari (setiap pagi) yang dilakukan secara berterusan lebih digalakkan berbanding korang membuat senaman agresif yang tidak konsisten.
17. TIDUR AWAL UNTUK MEMASTIKAN KORANG TIDUR BERKUALITI IAITU LAPAN JAM SEHARI. BADAN BERUPAYA MEMBAIKI SENDIRI SETIAP KALI SESEORANG TIDUR MALAM HARI DAN PROSES BAIK PULIH BADAN SELALU LEBIH EFISIEN JIKA WAKTU TIDUR ADALAH SAMA.
18. Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit. Jika korang tidak berselera untuk makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah mengambil makanan kesihatan. Pilihan terkini adalah makanan kesihatan organik yang berasaskan herba.
19. Fikir dahulu sebelum sertai mana-mana program menguruskan badan. Program menguruskan badan bukannya tidak elok, namun ada alternatif yang jauh lebih murah dan kekal lama untuk anda mendapatkan berat badan ideal, kurus dan sihat.
20. Korang amatlah digalakkan juga makan lebih sayur-sayuran. Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur bukanlah satu kegemaran. Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayur-sayuran. Dengan amalan pemakanan yang sihat ia turut membantu anda mengurangkan risiko dijangkiti masalah kesihatan.
20. Korang amatlah digalakkan juga makan lebih sayur-sayuran. Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur bukanlah satu kegemaran. Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayur-sayuran. Dengan amalan pemakanan yang sihat ia turut membantu anda mengurangkan risiko dijangkiti masalah kesihatan.
21. Kata nak sihat , jadi kenapa perlu makan makanan yang memudaratkan? Kurangkan pengambilan daging merah, kopi, gula dan garam dalam menu harian anda.
22. Tidur tidak menentu lama-kelamaan boleh mendatangkan mudarat, jadi penting untuk anda tidur awal sebagai langkah paling mudah untuk mengelakkan penyakit.
23. Jangan tinggalkan sarapan pagi. Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoritinya akan berasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam
24. Jangan makan hidangan yang tidak lengkap. Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting iaitu karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.
25. Jangan biarkan perut korang berlapar. Makan ketika terlalu lapar tulah selalunya akan menjadi penyebab yang koramg makan secara berlebihan. Seharusnya korang makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini akan membolehkan korang mengawal pemakanan dengan lebih baik.
26. Elakkan tekanan. Berada dalam tekanan boleh menjadi punca risiko korang sakit. Oleh itu cuba kawalkan stress tu okayy ???
27. Lakukan pemeriksaan doktor secara berjadual setiap enam bulan sekali. Rasa sihat tidak bermakna korang betul-betul sihat secara dalaman. Selalulah melakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan lain-lain secara berjadual.
28. Lakukan senaman ringan seperti squat dan berjalan di atas treadmill atau buat sesuatu untuk mengisi masa lapang dan mengelakkan rasa bosan yang mungkin menyebabkan korang lapar.
29. JANGAN LAKUKAN PROGRAM DETOKS SEBULAN SEBELUM MAJLIS, BIMBANG PROGRAM DETOKS ITU BOLEH MENYEBABKAN KORANG MENGALAMI ULSER RINGAN, RASA TIDAK SELESA DALAM MULUT DAN MUNTAH-MUNTAH.
30. Elak daripada mencuba sebarang produk kesihatan dan pelangsingan badan yang baharu untuk mengurangkan risiko terhadap kesan perubatan pada fizikal badan terutamanya wajah.
31. Ambil suplemen multivitamin untuk menguatkan sistem imunisasi badan. Pengambilan vitamin yang baik dapat memberi sumber nutrisi yang diperlukan oleh badan seharian.
Comments
Post a Comment