TIPS BAGAIMANA UNTUK JIMAT PERBELANJAAN PERKAHWINAN KORANG


7 TIPS BAGAIMANA UNTUK JIMAT PERBELANJAAN PERKAHWINAN KORANG





Setiap orang mesti inginkan kesempurnaan di dalam majlis perkahwinan sendiri kan ? Tidak kira siapa pun kita samada mampu ataupun kurang berkemampuan , tapi jangan lah sampai kita berhutang sana sini selepas kahwin, kerana ianya akan membebankan dan mendatangkan masalah kepada diri anda sendiri . Kehidupan selepas kahwin amatlah penting yang perlu dilalui setiap pasangan. Di sini kami kongsikan beberapa tips buat korang yang bakal berkahwin tak lama lagi .... Dah readyyy ke tuuu ???

1.Tetapkan Berapa Jumlah Tetamu yang anda Undang

Buatkan cek list berapa ramai tetamu yang akan hadir ke majlis anda nanti (Ini asas tau kat sini lah menentukan panggilan tetamu anda)

2. Buat 2 Majlis Sekali 

Ni memang la best sebab korang dapat jimat banyak gila , buat majlis grand ekslusif dapat lah rasa kahwin macam ala-ala artis . Korang jimat banyak sebab nya CONTOH kalau 1 majlis tu Rm18 ribu kali dua dah Rm36 ribu. Dah jimat separuh kan lepas kahwin banyak tu duit nak pakai boleh lah jugak simpan untuk deposit rumah ke, pergi honeymoon ke atau beli perabot rumah ke.

3. Kad kahwin

Siapa je yang taknak kad yang design lain dari yang lain kan ? Korang boleh buat tetapi janganlah buat yang mahal-mahal . Sebabnya tetamu hanya nak info je lepas tu nanti buang ke tong sampah jugak kan ? Kan dah rugi duit yang korang habiskan untuk kad jemputan je . Banyak sekarang kad kahwin jimat Rm0.25 sen pun dah cantik. Untuk menjimatkan lagi , Dalam 1 kad pun boleh buat untuk majlis lelaki dan perempuan.



4. Baju bersanding

Sewa je baju yang sedia ada, banyak butik yang ada baju cantik-cantik up to date, jangan sebab korang tengok orang lain pakai lepastu korang pun nak buat baju . Nak diingatkan kat sini yee ,, baju baru memang boleh buat ikut design anda sendiri tetapi  harga agak tinggi sikit, kecuali korang yang  ada bajet berlebih-lebih tu haa boleh la buat design apa yang korang nak kan tu . Pada sesiapa yang ada skill dalam menjahit tu haa mmg bonus la untuk korang buat baju sanding sendiri... Memang jimat habis kat situ .😜😜


5.Photography

Biasanya diskaun hebat yang melampau-lampau ni selalu akan diberikan dekat pameran pengantin je. Selain itu, tarikh juga memainkan peranan penting tau, kalau korang tempah servis kahwin pada hari yang tidak sibuk, contohnya majlis perkahwinan bukan waktu cuti sekolah, harga juga boleh runding dan lebih murah sikit dari hari cuti @ public holiday. 



6. Pelamin 

Korang boleh pilih pakej-pakej yang bersesuaian mengikut kemampuan korang sendiri . Kalau nak buat pelamin diy sendiri pun boleh. Sewa je barang-barang pelamin dekat butik pengantin yang ada menyediakan sewaan barang pelamin diy, mengikut bajet dan citarasa korang sendiri (kena kuat iman ye supaya tak tergoda pelamin indah yang lain) . Tapi kan korang , kenapa nak penat kan diri sendiri dengan keluarga untuk buat pelamin sedangkan boleh serahkan semua kepada wedding planner ?? Selesai je majlis , korang pun dah boleh rilex rilex tau . hehehe (bagi cadangan je) .

7. Hantaran 

Buat hantaran sendiri atau  pinjam pada sedara mara yang baru menjalankan majlis kahwin, korang hanya perlu ubah tema warna bunga dan keperluan mengikut citrarasa sendiri, Jimat kan!!

TIPS PENTING ❕❕

 Majlis Nikah Dan Kahwin Hari Yang Sama

Majlis akad nikah dan persandingan diadakan pada hari yang sama. Untuk menjimatkan kos, majlis akad nikah dilakukan pada waktu pagi manakala majlis persandingan pula dilakukan pada waktu tengahari. Jika korang tetap mahu melakukan majlis akad nikah dan persandingan secara berasingan, hadkan jumlah tetamu untuk majlis akad nikah saudara mara dan rakan terdekat sahaja

Comments

Popular Posts